BAKAT - Badan Kebajikan Angkatan Tentera

Sejarah secara ringkas Badan kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) yang kita semua mesti tahu Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) telah wujud sejak zaman kolonial dengan nama ‘family club’ (kelab keluarga). Sejajar dengan perkembangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maka Kelab Keluarga disusun struktur organisasinya pada 1 jun 1976 dan dibahagikan kepada 3 komponen perkhidmatan iaitu :

1. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Darat (PERISAD)
2. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Laut (PERISTELA)
3. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Udara (PERISTU)

Memandangkan kesemua persatuan ini dibawah satu badan maka pada 1 Oktober 1979 ketiga-tiga persatuan digabungkan menjadi satu badan organisasi dinamakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT). Bagi membezakan setiap perkhidmatan maka diakhir perkataan diletakkan BAKAT – (darat, laut atau udara)

Cogan kata BAKAT:”Bersama Berbakti” (Together we serve)

Objektif utama :Memberi khidmat kebajikan kepada keluarga


KOD ETIKA BAKAT

BAKAT adalah suatu organisasi yang dianggotai oleh isteri semua lapisan pegawai dan LLP yang menganggotai TD. Penubuhannya bertujuan untuk membimbing mereka untuk menjadi seorang ibu dan juga seorang isteri yang baik. Disamping itu, BAKAT bertujuan untuk meningkatkan silaturrahim di kalangan semua ahlinya demi mewujudkan suatu suasana harmonis yang dapat memberi kesejahteraan kepada setiap keluarga ahlinya. Dengan secara tidak langsung ia akan memberi peransang kepada setiap anggota yang menjalankan tugas dan tanggunjawabnya sebagai anggota TD yang berdedikasi.



1 comment:

  1. Hi.. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya logo BAKAT skrg ada perubahan sikit dari logo yg ini. Di blkg wajah wanita adalah bayangan wajah perajurit Lelaki. bukan bayangan wajah yang sama. :)

    ReplyDelete